FAQ - About MyPay

Apakah itu MyPay?

MyPay ialah sebuah platform digital yang menggabungkan perkhidmatan Agensi Kerajaan Malaysia sekaligus dengan tujuan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membuat semakan status, pencarian maklumat dan pembayaran atas talian.

Apakah kelebihan menggunakan MyPay?

MyPay menawarkan penyelesaian pembayaran mudah alih yang mesra dengan agensi Kerajaan terpilih.

  • Boleh diakses di mana sahaja (mobile atau browser) melalui www.mypay.com.my

  • Mesra Pengguna

  • 'All-in-One' - Agensi-agensi Kerajaan di satukan dalam MyPay

  • Sejarah Pembayaran - Pengguna dapat melihat sejarah pembayaran mereka

  • Peringatan - Pengguna akan menerima notifikasi kemas kini pembayaran bulanan dan peringatan pembayaran dari agensi-agensi Kerajaan

  • Menerima maklumat terkini- Agensi-agensi Kerajaan juga dapat menghantar notifikasi kepada pengguna

  • Telus dan Selamat - MyPay dijamin 'SSL Secured' dan hanya bekerjasama dengan bank-bank utama di Malaysia

Adakah saya akan dikenakan caj apabila membuat pembayaran melalui MyPay?

Ya, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 - RM1.00 untuk setiap transaksi pembayaran. Kadar caj mungkin berbeza untuk setiap agensi. Untuk kadar caj yang perlu dibayar, sila ke laman bayaran agensi yang berkenaan.

Semakan maklumat dan status adalah percuma.

Adakah pembayaran yang dibuat akan dipindah ke akaun agensi dengan segera?

Untuk pembayaran melalui MyPay, transaksi pembayaran yang berjaya akan mengambil 1 hari bekerja sebelum pemindahan ke akaun agensi. Cth, jika pembayaran dibuat pada tengahari hari Isnin, pemindahan wang ke akaun agensi akan berlaku pada tengahari hari Selasa. Sekiranya Isnin merupakan cuti umum, pemindahan transaksi akan dilakukan pada hari bekerja yang seterusnya, iaitu hari Rabu.

*Pemindahan atas talian tertakluk kepada jadual dan terma bank.

Bagaimanakah cara untuk menghubungi MyPay sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan yang tidak tertera disini?

Dapatkan bantuan yang anda perlukan dan hubungi kami di 03 7804 2840. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dari setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi - 6 petang. Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di help@mypay.com.my

Apakah alamat pejabat MyPay?

DAPAT Vista (M) Sdn Bhd
Kelana Center Point
Unit 548 & 550, Block A
3, Jalan SS7/19, 47301
Petaling Jaya, Selangor

FAQ - Using MyPay

Bagaimana caranya untuk reset semula kata laluan MyPay?

Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk dan kami akan menghantar kata laluan sementara ke nombor telefon anda yang berdaftar dengan MyPay. Setelah anda log masuk dengan menggunakan kata laluan sementara tersebut, anda akan di bawa ke laman tukar kata laluan untuk membuat kata laluan yang baru.

Apakah eKYC?

Electronic Khow Your Customer atau eKYC merupakan sistem verifikasi yang memastikan identiti digital anda. Ia juga merupakan satu langkah untuk mencegah kecurian / pemalsuan identiti. eKYC MyPay menggunakan sistem yang mengecam wajah melalui gambar menyeluruh Mykad anda dan satu swafoto yang jelas. Langkah ini perlu dilakukan hanya sekali sahaja semasa pendaftaran MyPay.

Bagaimanakah caranya jika saya ingin menerima berita terkini dari agensi Kerajaan tertentu?

Jadual Peringatan pembayaran boleh dibuat di laman Peringatan MyPay. Melalui laman ini, anda akan melihat pembayaran yang bakal dilakukan. Hanya klik ikon ‘Kalendar’ untuk mengakses laman Peringatan.

Berapa kerapkah notifikasi agensi Kerajaan akan dihantar?

Kekerapan notifikasi boleh ditetapkan. MyPay memberi pengguna kebebasan untuk menyesuaikan notifikasi pembayaran. Klik ikon Kalendar untuk mengakses laman Peringatan.

Bolehkah saya membuat pembayaran bagi pihak orang lain?

Anda boleh membuat pembayaran bagi pihak orang lain dengan membuka akaun baru. Sila pastikan anda mempunyai semua maklumat berkenaan sebelum membuka akaun.

Apakah agensi-agensi Kerajaan yang terdapat di dalam MyPay?

Buat masa ini, MyPay bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut:

  1. PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
  2. MARA (Majlis Amanah Rakyat)
  3. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
  4. PDRM (Polis Di-Raja Malaysia)
  5. EXPERIAN (Credit Information)
  6. SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia)
  7. JIM (Jabatan Imigresen Malaysia)
  8. DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
  9. MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
  10. MPSJ (Majlis Bandaraya Subang Jaya)
Jumlah Bil saya adalah RM100. Adakah jumlah tersebut termasuk caj pembayaran melalui MyPay?

Tidak, sebaliknya caj dari MyPay akan dimasukkan ke jumlah bil anda. Contoh:

Jumlah Bil: RM100
Caj pembayaran kad kredit: RM1.50
Jumlah yang perlu dibayar: RM101.50

Bolehkah saya membuat pembayaran awal atau pra-bayaran?

Ini tertakluk kepada terma dan syarat agensi Kerajaan yang terlibat. Anda dinasihati untuk mendapatkan pengesahan dari agensi Kerajaan masing-masing sebelum melakukan pembayaran sedemikian.

Adakah MyPay selamat untuk diguna dan adakah maklumat peribadi saya dilindungi?

Kami di MyPay mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk memastikan maklumat dan transaksi semua pengguna selamat dan terlindung. Gerbang MyPay dijamin dengan protokol 128-bit Secure Sockets Layer (SSL).

Mengapakah sesetengah agensi memerlukan pengesahan Pegawai? Perlukah saya pergi ke agensi tersebut untuk pengesahan ini?

Langkah ini merupakan satu ciri keselamatan demi perlindungan anda. Anda perlu hadir di agensi berkenaan untuk mendapatkan pengesahan Pegawai. Pengesahan sedemikian hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

Bolehkah saya gunakan MyPay jika saya berada di luar negara?

Ya, sekiranya anda mempunyai akaun bank tempatan Malaysia.

FAQ - Payment Issues

Saya terlebih bayar salah satu bil. Adakah jumlah berlebihan akan dikembalikan?

Anda dinasihati untuk menyemak polisi agensi Kerajaan yang berkenaan tentang bayaran pendahuluan / terlebih sebelum membuat pembayaran.

Sekiranya pembayaran terlebih dibuat, komisen atau caj balik (sekiranya ada) akan ditolak sebelum proses pembayaran balik dilakukan.

Saya mempunyai masalah pembayaran melalui MyPay. Apakah yang harus dibuat?

Dapatkan bantuan yang anda perlukan dan hubungi kami di 03 7804 2840. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dari setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi - 6 petang. Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di help@mypay.com.my